fbpx

Bersemuka terus dengan mangsa kalau berani – Firdaus Wong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Firdaus Wong (kanan) dan Caprice bersama-sama membongkar jenayah seksual yang melibatkan seorang pendakwah ternama tanah air.

PETALING JAYA – Tanpa menyebut mana-mana nama secara spesifik, pendakwah bebas, Firdaus Wong menyindir seorang individu dipercayai golongan alim agama berikutan tindakannya menyogok keluarga mangsa demi menutup jenayah seksual yang dilakukan.

Firdaus atau nama sebenarnya, Firdaus Wong Wai Hung mencabar individu terbabit bersemuka terus dengan mangsa sekiranya betul tidak bersalah atas segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

“Offer (tawar) duit kepada ahli keluarga mangsa untuk mangsa tarik balik laporan? Dah takut ke?

“Desperado sangat ni. Bersemukalah terus dengan mangsa kalau berani. Kami berdiri teguh bersama mangsa dan ahli keluarga,” coretnya menerusi satu hantaran dalam Instagram.

Senada dengan Firdaus, seorang lagi pejuang kemanusiaan, Caprice atau nama lengkapnya Ariz Ramli menyambung sindiran tersebut dengan mengulang siar hantaran terbabit.

“Sabar Firdaus Wong. Cash is king (wang adalah segala-galanya). Tapi, kali ini I’m the chess board (bersedia dengan strategi),” tulis Caprice menerusi Instagram Story pada status Firdaus.

Terdahulu, negara digemparkan dengan satu lagi pembongkaran didedahkan seorang wanita kelahiran Indonesia berpenampilan anak punk bernama Mondy Tattoo.

Wanita itu mendakwa dirinya berdepan gangguan seksual yang dilakukan pendakwah bebas kesayangan ramai, Ebit Lew beberapa bulan lalu sewaktu diberi pertolongan sehingga berubah imej muslimah.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, Mondy kembali kepada penampilan asal dengan tidak lagi bertudung labuh seperti dipaparkan melalui laman sosialnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI