fbpx

Bella terima saya di titik terendah – Aliff Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliff Aziz merakamkan ucapan terima kasih panjang lebar buat isteri tersayang, Bella Astillah menerusi media sosial.

PETALING JAYA – Penyanyi Aliff Aziz mendedahkan isteri tercinta, Bella Astillah menerima dirinya lebih sedekad lalu ketika dia berada pada titik terendah dalam hidup.

Akui pemilik nama lengkap Mohammad Aliff Aziz , wanita istimewa yang menjadi teman hidup sejak tujuh tahun lalu itu  setia berada di sisinya walaupun terpaksa mengharungi pelbagai ujian.

“Sudah lama saya tidak muat naik ‘posting’ penghargaan buat isteri tersayang. Foto pertama dan kedua adalah pada tahun 2014 ketika saya dan isteri bertemu.

“Masa itu saya berada dalam titik paling lemah dalam hidup dan hampir berputus asa. Terima kasih sayangku atas pengorbanan, kasih sayang, kesabaran, keazaman, dorongan dan beri saya dua cahaya mata comel,” tulisnya dalam Instagram.

Perkongsian berkenaan dilakukan sebagai penghargaan buat penyanyi dan pelakon yang mesra disapa Bella.

Dalam hantaran sama, pelantun lagu Sayang Sayang itu turut menzahirkan terima kasih kepada Bella kerana setia menjadi menjadi pelengkap hidupnya sehingga dia mampu teguh berdiri pada hari ini.

“Berkahwin selama tujuh tahun dan berkenalan lebih 10 tahun. Penuh suka dan duka, awak sentiasa bersama saya. Semoga Allah merahmati awak dengan ‘khayr’ yang kekal di dunia dan di akhirat kelak.

“Saya akan terus melakukan yang terbaik untuk menjadi anak yang lebih baik kepada ibu bapa saya, abang kepada adik-adik saya, suami kepada awak, dan ayah kepada anak-anak kita.

“Semoga Allah terus merahmati dan membimbing kita hingga ke Jannah. Saya cinta kamu, Dayang Ara Nabellah,” tuturnya.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh edah.

Pasangan romantik itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 5, dan Ara Adreanna, 2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI