fbpx

Bekas hos TV3, Nadia Annuar cerai kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUBUNGAN Nadia Anuar dan suaminya, Hafiz Salleh sudah berakhir.

PETALING JAYA – Selepas lapan tahun mendirikan rumahtangga, bekas pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Nadia Annuar mengesahkan rumah tangganya dengan ahli perniagaan, Hafiz Salleh sudah berakhir.

Begitupun, pemilik nama penuh Nadia Shahrul Annuar 39, tidak mendedahkan butiran perceraian termasuk tarikh mereka berpisah, sebaliknya menegaskan kini berstatus solo.

“Saya kini ‘single’ (solo) tapi tak ‘available’ (tak kosong). Buat masa ini, saya ingin berehat daripada bercinta atau mempunyai sebarang hubungan.

“Mummy pun suruh saya fokus pada diri sendiri dan buat apa yang saya inginkan termasuk fokus kepada anak-anak,” katanya dalam sesi wawancara di platform media sosial sebuah majalah kewanitaan.

Dalam temubual itu Nadia yang juga ibu kepada sepasang mata memaklumkan anak-anaknya kini bukan berada di bawah jagaannya.

“Saya memiliki dua cahaya mata. Walaupun mereka tidak tinggal bersama atas sebab tertentu, saya cuba untuk sentiasa ada ketika anak-anak memerlukan,” katanya lagi.

Menurut kakak kepada pelakon Harris Annuar itu lagi, paling penting sekarang adalah terus kuat semangat selain menjalani kehidupan sebaik mungkin.

Berkongsi lanjut perancangan masa depan, Nadia mengakui memberikan tumpuan terhadap pengacaraan dengan pelbagai bahasa.

“Saya ingin teroka kelebihan bercakap dalam pelbagai bahasa. Saya juga banyak buat tugasan pengacaraan membabitkan tiga bahasa, Melayu, Inggeris dan Thailand.

“Kebolehan pelbagai bahasa memberi kelebihan dan kelainan kerana saya tidak memerlukan juru alih bahasa, sekali gus dekat dengan penonton,” luahnya.

Perkahwinan dengan Hafiz pada November 2015 dikurniakan seorang cahaya mata, Dya Naylaa, yang kini berusia tujuh tahun.

Sebelum itu, Nadia yang bergelar usahawan kosmetik pernah mendirikan rumah tangga bersama Sulaiman@Mohd Helmi Mohd Ilyasdi tetapi bercerai pada Oktober 2010.

Perkahwinan tersebut dikurniakan putera, Mohamed Aaron Erwin, 14. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI