fbpx

Scammer hantar saman RM50, kena bayar dalam 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAKTIK baru scammer menyamar sebagai PDRM di email.

PETALING JAYA – Orang ramai diingatkan tidak terpedaya dengan taktik scammer yang menghantar emel saman menggunakan nama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan meletakkan nombor kenderaan palsu untuk memperdaya mangsa.

Emel palsu itu membuatkan mangsa percaya bahawa diri mereka perlu membayar saman sebanyak RM50 dalam masa tujuh hari dan pembayaran perlu dilakukan dengan menekan pautan yang diberikan.

Taktik terbaru ini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan mangsa yang mungkin menghadapi situasi sebenar dengan PDRM.

“Daripada 100 emel yang dihantar oleh penipu, cukup satu emel sahaja untuk mereka mendapat keuntungan,” kata seorang pengguna media sosial dengan nama @Skywalker8585.

Walaupun begitu, ada juga pendapat berbeza di media sosial yang mengkritik ketidakcekapan taktik ini.

“Terdapat banyak kesalahan tatabahasa dan ejaan dalam emel-emel tersebut. Selain itu, emel daripada kerajaan jarang ditulis dalam bahasa Inggeris,” kata @H4n1my. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI