PETALING JAYA – Seorang usahawan dikecam ramai apabila memuat naik video memaparkan dirinya sedang solat namun dilihat sengaja melonggokkan senumlah wang tunai di sebelah sejadahnya.
Video yang dimuat naik di TikTok @paklongabah17 beberapa hari lalu ternyata menjadi perdebatan dalam kalangan netizen.
Mereka mempersoalkan kandungan video tersebut yang dikatakan seolah-olah mempermainkan agama.
“Bukan ke kita tak boleh mempermainkan ibadah solat macam ini, Ustaz Don pernah tegur. Apa nak jadi, ibadah pun dibuat main,” kata seorang pengguna.
“Niat tak menghalalkan cara. Ada banyak la cara buat video untuk kongsi kejayaan kita, waktu solat biar fokus ibadahnya, hal dunia yang lain adingkan, jangan campur takut dilihat mainkan agama Islam itu sendiri,” tegur pengguna yang lain.
Namun begitu, usahawan yang dikenali dengan nama Pak Long itu berkata, wang tunai tersebut bakal digunakan untuk mengambil empat orang pekerja bagi menyelenggara laman web dan iklan di media sosial miliknya.
Katanya, setiap pekerja akan diberikan upah sebanyak RM100,000. – KOSMO! ONLINE
@paklongabh17 #jamupaklongman #minyakbidarapaklongman #jamumaklong ♬ suara asli – Allginanjar