fbpx

Tuah besar kuartet 4x100m raih gangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
(Dari kiri) Shereen, Husniah, Azreen dan Afrina memenangi pingat gangsa 4x100m wanita Sukan Asia Hangzhou selepas penyertaan Bahrain dibatalkan kerana menerima baton di luar zon dibenarkan. - FB HANNAH YEOH

KUALA LUMPUR – Kuartet 4×100 meter (m) wanita negara mencipta sejarah baharu arena olahraga tanah air apabila buat kali pertamanya berjaya meraih pingat gangsa di pentas Sukan Asia.

Kuartet yang dibarisi Azreen Nabila Alias, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Batrisyia Mohammad Rizal dan Shereen Samson Vallabouy memastikan gangsa milik mereka dengan catatan masa 45.01 saat (s).

Walaupun pada awalnya kuartet wanita negara menamatkan aksi final di Stadium Olimpik Hangzhou sebentar tadi di kedudukan keempat, tetapi penganjur membuat keputusan untuk menawarkan pingat gangsa buat Malaysia.

Ia selepas penganjur membatalkan kejayaan tempat ketiga Bahrain kerana didakwa menerima baton di luar kawasan zon yang dibenarkan, sekali gus menghadiahkan kejayaan bersejarah buat Malaysia.

Pingat emas menjadi milik China dengan catatan 43.49s, manakala kuartet Thailand memenangi pingat perak menerusi masa 44.32s.

Sebagai rekod, Malaysia tidak pernah memenangi pingat dalam acara 4x100m wanita di pentas Sukan Asia.

Sementara itu, kuartet 4x100m lelaki dibintangi Khairul Hafiz Jantan, Muhammad ARsyad Md. Saat, Jonathan Nyepa dan Muhammad Azeem Mohd. Fahmi menamatkan aksi final di kedudukan kelima menerusi catatan 39.19s,

Emas menjadi milik China dengan masa 38.29s diikuti Jepun sebagai pemenang perak (38.44s), manakala gangsa dimenangi Korea Selatan (38.74s). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI