fbpx

Sukan Asia: Azeem pacu kuartet 4x100m ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM (kanan) sekali lagi mara ke pentas final selepas membantu kuartet 4x100m layak pada temasya Sukan Asia kelmarin.

JAGUH pecut negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi membuktikan statusnya sebagai pelari ketiga terpantas Asia dengan membantu kuartet 4×100 meter (m) negara mara ke pentas final Sukan Asia Hangzhou malam ini.

Azeem, 19, yang meraih pingat gangsa acara 100m, memastikan kuartet 4x100m negara menamatkan pusingan pertama di Stadium Olimpik Hangzhou semalam dengan catatan masa 39.40 saat (s).

Jurulatih pecut kebangsaan, Mohd. Poad Md. Kassim percaya sesuatu yang positif mampu dijelmakan kuartet kebangsaan dibarisi Azeem dan tiga lagi pelari, Khairul Hafiz Jantan, Muhammad Arsyad Md. Saat dan Jonathan Nyepa.

“Sama-sama kita doakan agar kuartet 4x100m negara dapat menaiki podium. InsyaAllah, kita boleh. Ada beberapa perkara yang masih boleh diperbaiki untuk final esok (hari ini).

“Kita akan balik dan buat analisis bersama barisan pelari pecut untuk apa yang perlu diperbaiki. Saya percaya mereka boleh buat masa yang lebih baik berbanding peringkat saringan.

“Keadaan fizikal dan mental barisan atlet pecut kita juga berada dalam keadaan baik dan mereka bebas daripada sebarang kecederaan,” katanya.

Malaysia menamatkan saringan 1 semalam di belakang China dibarisi Chen Guanfeng, Xi Zhenye, Yan Haibin dan Chen Jiapeng menerusi masa 38.62s serta Korea Selatan (
Lee Jeongtae, Kim Kukyoung, Lee Jaeseong, Park Wonjin) dengan catatan 38.75s.

Lima lagi negara bakal menjadi cabaran Malaysia di final malam ini adalah Jepun, Indonesia, Thailand, Singapura dan Taiwan.

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat bagi acara 4x100m lelaki adalah pada 57 tahun lalu menerusi kuartet Tan Sri Dr. M. Jegathesan, Mohd. Ariffin Ahmad, G. Rajalingam dan T. Krishnan yang menjuarai edisi 1966 di Bangkok, Thailand.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI