fbpx

Program kutipan sisa, kitar semula Nestle Malaysia bakal cecah 12,000 tan 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada sukarelawan Nestle Cares terlibat dalam projek pembersihan dalam laut dan laut baru-baru ini.

PETALING JAYA – Komitmen Nestle Malaysia terhadap ke­lestarian masih berterusan apabila terus mengambil langkah berani untuk melindungi alam sekitar dan berusaha membuat perubahan ke arah pelepasan karbon sifar dan bebas plastik.

Baru-baru ini, syarikat telah menghimpunkan seramai 400 sukarelawan Nestle Cares yang terlibat dalam pembersihan pantai dan lautan tahunannya di seluruh negara.

Melalui usaha tersebut, kumpulan tersebut berjaya me­ngumpul sejumlah dua tan sisa diperoleh dari lapan pantai di seluruh Malaysia.

Selain itu, Nestle juga sekali lagi meluaskan usahanya di bawah alunan ombak dengan melaksanakan pembersihan bawah laut di Pulau Perhentian, Terengganu dan Pulau Mabul, Sabah, yang mana penanaman te­rumbu karang juga berlaku.

Ketua Pegawai Eksekutif, Nestle (Malaysia) Berhad, Juan Aranols berkata, pembersihan pantai dan dalam laut tahunan anjuran syarikat adalah platform yang baik untuk penglibatan sivik dan kesedaran alam sekitar dalam kalangan pekerja mereka.

Menurutnya, tindakan mereka dalam terus memerangi pencemaran plastik dan peneraju bebas plastik adalah selari dengan kandungan pengurangan plastik baharu yang berterusan dalam produk mereka.

“Usaha kami untuk mempromosikan pengurusan sisa yang bertanggungjawab di Malaysia melalui pengumpulan, peng­asingan dan kitar semula bahan-bahan.

“Kami sangat gembira melihat para sukarelawan Nestle Cares sekali lagi berkumpul di seluruh negara.

“Kami berbesar hati de­ngan penglibatan wakil daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) serta Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC),” katanya.

Tambah Aranols, tindakan kolektif adalah kunci untuk me­ngatasi cabaran alam sekitar dan menerajui perubahan yang bermakna ke arah negara yang lebih lestari.

Dalam pada itu, beliau berharap, inisiatif ini memberi inspirasi kepada orang ramai untuk meningkatkan usaha dan Nestle menyeru rakyat untuk menyertai mereka dalam menjaga planet dan lautan dengan lebih baik menerusi pelupusan sisa plastik yang dibuat secara bertanggungjawab.

Plastik yang dikumpulkan da­ripada aktiviti tersebut hanyalah sebahagian daripada program kutipan syarikat yang meluas.

Program utamanya adalah projek SAVE yang memberi tumpuan terhadap bebas plastik menerusi lima inisiatif sukarela Tanggungjawab Pengeluar Lanjutan (EPR), iaitu Program kita recycle (KITaR) yang melibatkan kawasan luar bandar, program kutipan plastik Sungai Klang, projek CARETon, program kitar semula strata dan program kutipan serta kitar semula pintu ke pintu. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI