fbpx

Penginapan pekerja dalam kontena, kilang tilam langgar Akta 446

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUSTAPHA (kanan) melihat penginapan pekerja sebuah kilang tilam di Jalan Jelebu, Seremban dalam kontena. - Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Sebuah kilang membuat tilam berasaskan bahan mentah getah di Jalan Jelebu di sini didapati tidak mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja (Akta 446).

Pelanggaran Akta 446 itu dikesan hasil pemeriksaan pihak Ibu Pejabat, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) terhadap penginapan berbentuk kontena di dalam premis kilang itu yang didapati tidak mempunyai Perakuan Penginapan daripada pihak Jabatan Tenaga Kerja (JTK)

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud memberitahu, keadaan penginapan pekerja itu didapati berada dalam keadaan tidak kondusif dengan tidak mempunyai pengudaraan yang baik serta struktur yang sudah berkarat.

“Keadaan ini membahayakan pekerja-pekerja di sini, kami juga mendapati bahawa selain ruang yang panas, tempat masak dan mandi juga tidak diurus dengan baik, ini juga menimbulkan keadaan tidak selesa kepada pekerja.

“Aliran air di dapur juga tidak menepati seperti apa yang digariskan oleh Kementerian Kesihatam kerana ia boleh menyebabkan pembiakkan nyamuk Aedes,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai pemeriksaan Op Matela di kilang berkenaan di sini hari ini.

Mustapha berkata, JTKSM akan membuat siasatan terperinci bagi melihat pematuhan terhadap akta-akta lain termasuklah Akta Kerja dan Perintah Gaji Minimum dan dianggarkan sebanyak tiga Kertas Siasatan (KS) akan dibuka di bawah Seksyen 24D Akta 446.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI