fbpx

Mahkamah: 5 mengaku tak bersalah rompak kilang Carsem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada lima lelaki yang didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas pertuduhan merompak sebuah kilang pada bulan lalu.

IPOH – Lima rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas pertuduhan merompak unit-unit cip ditolak (cip rejected unit) di sebuah kilang di sini bulan lalu.

Tertuduh, Mohd. Nizam Abd. Rahim, 40, Junaidy Ali, 46, Muhamad Rozaidi Yusoff, 42, Rizuan Mohamad Yusof, 32, dan Zairul Nizam Mohd. Sazali, 47, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Mengikut pertuduhan, kelima-lima tertuduh didakwa secara bersama dengan niat telah melakukan rompakan berkumpulan terhadap warga asing, Chhetri Purna Bahadur dengan merompak unit-unit cip ditolak di dalam stor barangan lusuh Kilang Carsem.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kilang Carsem, Jalan Lapangan Terbang, Taman Maju Rapat di sini sekitar pukul 8.45 malam pada 14 September lalu.

Bagi kesalahan itu, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan hendaklah dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Nazreen Zabarudin yang mengendalikan perndakwaan telah menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap tertuduh.

Junaidy diwakili peguam A. Logaprieyan manakala empat yang lain diwakili peguam Dayang Nor Emilia Azman Shah, dengan masing-masing memohon agar kesemua tertuduh diberikan jaminan minimum.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh dan menetapkan kes itu disebut semula pada 15 November hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI