fbpx

Jerebu: JAS Negeri Sembilan tingkat usaha cegah pembakaran terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAERAH Port Dickson mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 103 setakat pukul 1 tengah hari tadi.-Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

SEREMBAN – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan akan mempertingkatkan usaha pencegahan ke atas aktiviti pembakaran terbuka susulan kejadian jerebu yang berlaku ketika ini.

Jabatan itu memaklumkan, usaha pencegahan itu adalah melalui rondaan Op Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan pemeriksaan di premis-premis industri yang turut dijalankan secara bersama dengan Sekretariat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

“Bagi menangani situasi di Negeri Sembilan, JAS Negeri Sembilan bekerjasama rapat dengan Sekretariat JBPM dan juga melaksanakan tindakan selaras dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) dengan usaha-usaha pencegahan ke atas aktiviti pembakaran terbuka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, JAS Negeri Sembilan turut memaklumkan, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Negeri Sembilan turut diaktifkan oleh Sekretariat JBPM dan pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

“Langkah ini adalah selaras dengan PTJK iaitu PKOB hendaklah diaktifkan sekiranya tahap amaran dua iaitu bacaan IPU 151-200 melebihi daripada 24 jam.

“Dengan pengaktifan PKOB ini, tindakan mempertingkatkan rondaan dan pemantauan di peringkat komuniti digerakkan sebagai langkah berjaga-jaga kepada orang awam mengenai keselamatan diri dalam keadaan kualiti udara yang tidak sihat,” katanya.

Sementara itu, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tiga stesen pemantauan kualiti udara di negeri ini iaitu Seremban, Nilai dan Port Dickson masih menunjukkan bacaan pada tahap tidak sihat.

Setakat pukul 1 tengah hari tadi, Nilai mencatatkan IPU 158, Seremban (152) manakala Port Dickson (103).

“Status kualiti udara di negeri ini didapati berlaku sedikit peningkatan berbanding hari sebelumnya, dan masih berada pada tahap tidak sihat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI