fbpx

Isu LCS: Kementerian Pertahanan sedia bekerjasama dengan PAC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adly bergambar dengan pelajar selepas Program Cakna Sains, Teknologi dan Inovasi Pertahanan di Sekolah Sultan Alam Shah di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Pertahanan memberi jaminan bahawa mereka sentiasa sedia memberi kerjasama kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di Parlimen.

Timbalan Menterinya, Adly Zahari berkata, mereka tiada masalah jika dipanggil termasuk berhubung kemajuan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) yang kontroversi.

“Kalau lihat kementerian, kita sentiasa sedia terima apa sahaja kerjasama dengan PAC untuk panggil sama ada menteri atau pegawai, itu adalah komitmen kami ” katanya pada Program Cakna Sains, Teknologi dan Inovasi Pertahanan di Sekolah Sultan Alam Shah, Presint 1, di sini hari ini.

Media tempatan hari ini melaporkan PAC akan memanggil beberapa pegawai kanan kementerian termasuk menteri dan bekas menteri berhubung kemajuan projek LCS.

Mengulas lanjut, Adly bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan telah hadir memberikan keterangan kepada PAC.

Kelazimannya, ujar beliau, pihak PAC akan berhubung terus dengan menteri atau individu yang berkaitan untuk dipanggil selain wakil daripada Tentera Laut Diraja Malaysia sendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI