fbpx

Remaja ditahan insiden tembakan di Siam Paragon, tiga maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkhidmatan kecemasan tiba di Siam Paragon Mall selepas insiden tembakan berlaku. – AFP

BANGKOK – Seorang remaja berusia 14 tahun diberkas selepas tiga individu terbunuh dalam satu kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Bangkok hari ini, lapor stesen penyiaran Sky News.

Beratus-ratus orang bertempiaran lari di Siam Paragon Mall, yang merupakan sebuah pusat beli-belah mewah di Bangkok, dengan ada daripadanya yang bersembunyi.

Menurut perkhidmatan kecemasan, tiga individu terbunuh serta beberapa yang lain cedera, manakala polis berkata, suspek berusia 14 tahun.

Salah seorang daripada mangsa yang cedera ialah warga asing.

Beberapa gambar menunjukkan polis menggari suspek di atas lantai serta merampas sepucuk pistol.

Sebuah stesen kereta api terdekat dilaporkan ditutup manakala orang ramai dilarang meninggalkan perhentian tersebut ketika situasi masih belum terkawal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI