fbpx

India mahu larang juruterbang, pramugari pakai minyak wangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di New Delhi. - T. Narayan/Bloomberg/Getty Images/File

NEW DELHI – India bercadang untuk mengharamkan penggunaan minyak wangi dalam kalangan juruterbang dan pramugari negara itu, lapor laman berita Wion News semalam.

Pejabat Ketua Pengarah Penerbangan Awam (DGCA) yang menyelia industri penerbangan negara mencadangkan kemas kini tersebut pada undang-undang kecil mengenai alkohol.

Larangan yang dicadangkan adalah termasuk perkara selain minuman beralkohol seperti minyak wangi.

Garis panduan lama sudah menyebut bahawa perkara selain minuman beralkohol boleh menyebabkan ujian nafas seseorang positif, namun peraturan baharu itu secara khusus menyebut minyak wangi.

“Tiada kru penerbangan boleh mengambil apa-apa ubat/formulasi atau menggunakan apa-apa bahan seperti ubat kumur/gel gigi/minyak wangi atau produk sedemikian yang mengandungi alkohol.

“Mana-mana kru penerbangan yang mengambil ubatan sedemikian hendaklah berunding dengan doktor sebelum menjalankan tugas,” demikian menurut garis panduan yang dikemas kini.

Juruterbang dan kru kabin kerap menjalani ujian pernafasan prapenerbangan, yang merupakan antara peraturan alkohol paling ketat di dunia untuk anak kapal.

Mereka berisiko berdepan penggantungan lesen selama tiga bulan serta-merta walaupun mempunyai kandungan alkohol yang paling sedikit. 

Larangan yang dicadangkan itu bertujuan untuk menangani risiko hasil ujian nafas positif palsu dan menjamin tahap keselamatan penerbangan yang terbaik. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI