fbpx

Gempa bumi lemah di perairan Sabah Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gempa bumi lemah berukuran 3.6 skala richter berlaku di perairan Sabah Timur pukul 2.38 petang tadi.

KOTA KINABALU – Gempa bumi lemah berukuran 3.6 skala richter berlaku di perairan Sabah Timur pukul 2.38 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pukul 2.46 petang berkata, pusat gempa bumi itu terletak 7.0 darjah utara dan 117.8 darjah timur dengan kedalaman 67 kilometer (km).

“Ia dengan jarak 331km selatan dari Palawan, Filipina dan 81km timur laut Pitas, Sabah. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dan METMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI