PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang di 10 negeri pada petang ini.
MetMalaysia menerusi laporan cuaca di Facebook berkata, antara kawasan yang terlibat adalah di Kedah (Langkawi, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang (Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).
Selain itu, di Pantai Timur melibatkan beberapa daerah sekitar Kelantan seperti Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.
“Bagi negeri Terengganu pula melibatkan Besut, Setiu dan Kuala Nerus serta Bentong dan Rompin, Pahang.
“Di Selangor, cuaca buruk yang sama tertumpu sekitar Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak, manakala di Negeri Sembilan melibatkan Kuala Pilah, Jempol dan Tampin,” jelas MetMalaysia.
Tambah MetMalaysia, antara kawasan lain yang diramal dilanda hujan lebat petang ini adalah Jasin, Melaka, Johor (Tangkak, Mersing dan Kota Tinggi) dan Sabah (Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan)).
“Ramalan ini berkuat kuasa sehingga puku 4 petang nanti,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE