fbpx

Batmobile buatan Malaysia bakal gegarkan Tokyo Auto Salon 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jai Prakash bersama kereta Batmobile buatan sepenuhnya mekanik tempatan.

PUTRAJAYA – Bermula daripada hanya sebuah impian dan angan-angan sejak tujuh tahun lalu, sekumpulan anak muda tempatan kini boleh berasa bangga apabila berjaya membina sebuah kereta konsep ‘Batmobile’.

Lebih membanggakan, kereta yang diinspirasikan daripada filem adiwira Batman itu menggunakan badan kereta Proton Wira keluaran tahun 1993.

Jentera enam tayar itu dipacu enjin VR4 Turbo dan dilengkapi sistem bukaan pintu secara hidraulik sepenuhnya selain diperkemas sistem audio dengan 13 unit speaker dan 30 paparan skrin.

Presiden Bambush Revamp Motorsport (BRM), Jai Prakash berkata, kereta seberat 1.2 tan itu sudah siap 70 peratus dan dijangka siap sepenuhnya Disember ini sebelum didedahkan kepada umum.

Katanya, projek kereta konsep dengan modifikasi ekstrem itu boleh dianggap yang pertama dihasilkan di negara ini selain mendapat sentuhan mekanik tempatan sepenuhnya.

“Kereta ini akan dilancarkan pada Disember depan malah, setiap modifikasi dan sistem hidrauliknya akan dipertontonkan kepada orang ramai buat kali pertama,” katanya.

Katanya, kereta ini juga akan dibawa ke pameran automotif termuka dunia, Tokyo Auto Salon 2024 yang dijadual berlangsung di Amerika Syarikat pada Mac tahun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI