fbpx

Anwar gesa pengundi DUN Pelangai bersama gabungan Kerajaan Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar beramah mesra dengan penduduk sekitar sempena Ceramah Mega Perpaduan MADANI di Dataran Simpang Pelangai sempena PRK DUN Pelangai di Bentong, Pahang malam tadi.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai untuk bersama-sama berpihak kepada gabungan Kerajaan Perpaduan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) akan datang.

Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata, negara kini berada di landasan yang baik untuk berkembang dan berharap agar rakyat bersatu memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pentadbiran kerajaan sedia ada.

“Tatkala kita menikmati kestabilan politik, dan ini tentunya memberi mesej yang jelas kepada dunia luar bahawa, ‘we mean business’, dan Malaysia mesti melonjak ke depan menonjolkan gagasan baharu yang lebih bertenaga dan gagah.

“Saya menggesa warga dan pengundi DUN Pelangai untuk bersama Gabungan Perpaduan menterjemah hasrat Malaysia Madani,” katanya.

Semalam, Anwar turut bersama turun padang membantu calon Barisan Nasional (BN) DUN Pelangai bagi memastikan kepercayaan pengundi di sana berpihak kepada Kerajaan Perpaduan.

“Berucap di acara terakhir di kempen saya membantu calon BN untuk DUN Pelangai semalam dengan menegaskan bahawa apa yang dilakukan sedaya upaya kini adalah untuk mengangkat martabat rakyat dan negara.

“Negara ini mesti bergerak seiring dengan tuntutan zaman dan kuasa yang telah diamanahkan ini mesti diterjemahkan dengan baik melalui dasar-dasar utama yang telah diketengahkan,” tambahnya.

PRK DUN Pelangai pada 7 Oktober ini diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun akibat nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.

PRK kali ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, Johari daripada BN menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan dua calon lain dari PN dan PH. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI