fbpx

ACL: JDT enggan nasib malang berulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT perlu meraih kemenangan ke atas BG Pathum malam ini selepas mereka tewas aksi pertama bagi mencerahkan laluan kekal dalam saingan ACL.

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari enggan menggigit jari kali kedua ketika berdepan BG Pathum United dalam aksi Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Pathum Thani di Bangkok malam ini.

Solari berkata, kemenangan menentang kelab dari Thailand itu penting bagi menyuntik semangat pasukan selain mencerahkan peluang untuk layak ke pusingan seterusnya dengan mengutip tiga mata pertama.

Katanya, kekalahan 0-1 pada perlawanan pembukaan menentang Kawasaki Frontale dari Jepun perlu dijadikan motivasi untuk bangkit dan memperoleh kemenangan.

“Saya menjangkan kita akan berdepan aksi sukar apabila menentang BG Pathum lebih-lebih lagi beraksi di tempat lawan, kita juga tak memandang rendah keupayaan lawan yang dibarisi pemain berkualiti.

“Beraksi di pentas ACL, JDT perlu memperagakan corak permainan yang kemas selain beraksi pada tahap berintensiti tinggi, ini perlu dilakukan bagi membolehkan pasukan meraih kemenangan pertama.

“Kita tidak boleh lagi tersilap langkah dan keciciran mata sekiranya ingin pergi jauh dalam kempen ACL musim ini, kejayaan membawa pulang tiga mata akan memberi momentum buat pasukan untuk beraksi dengan lebih baik lagi,” katanya.

Pengendali kelahiran Argentina itu berkata, pemain kini sudah bersiap sedia untuk diturunkan dengan menerapkan disiplin taktikal sebaik mungkin agar tidak pulang dengan hampa.

Ditanya mengenai status tonggak bek tengah, Jordi Amat, Solari memberitahu kecederaan yang dialami pemain warisan Indonesia itu itu sudah pulih sepenuhnya dan akan diturunkan memastikan benteng pertahanan tidak dibolosi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI