fbpx

Trend pelik ‘ketuk tulang’ untuk kelihatan cantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trend mengetuk tulang dengan menggunakan objek tumpul kini popular di TikTik. - Foto X

WASHINGTON – Dalam senarai panjang trend pelik di laman sosial,  muncul kegilaan baharu di  TikTok di mana sejumlah rakaman video memaparkan individu memukul muka mereka dengan  objek tumpul seperti tukul dan botol untuk mendapatkan wajah sempurna atau simetri, lapor portal berita Wion News semalam.

Trend dikenali sebagai ‘Bone Smashing’ itu  mengumpulkan lebih 267.7 juta tontonan di TikTok. 

Ia melibatkan orang ramai yang cuba membentuk semula wajah dengan cara mengubah bentuk tulang sendiri. 

Sesetengah individu menyiarkan gambar sebelum dan selepas sebagai bukti memperoleh wajah yang diingini dengan mengetuk tulang muka mereka.

Trend tersebut  berakar umbi daripada pakar bedah dan anatomi Jerman pada abad ke-19, Julius Wolff.

Menurut Wolf,  tulang manusia sentiasa mengalami pengubahsuaian dengan tulang lama atau rosak digantikan dengan baharu.

Beliau berpendapat bahawa mengenakan daya mekanikal atau tekanan fizikal pada tulang boleh meningkatkan kadar pembentukan semulanya, manakala kekurangan tekanan atau daya sedemikian boleh menyebabkan ia menjadi lebih nipis atau lemah.

Bagaimanapun, sesetengah pengguna TikTok  menyalah tafsir teori itu untuk mencantikkan wajah walaupun tiada bukti menunjukkan seseorang dapat mengukir wajah sendiri dengan mengetuknya dengan objek tumpul. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI