fbpx

TH tambah baik servis, fasiliti waktu kemuncak ibadah haji tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im (tengah) bersama tetamu dan penerima anugerah yang terbabit dalam operasi haji tahun 1444H/2023M pada Majlis Kesyukuran Sempena Tamat Operasi Haji Musim 1444 Hijrah, di Menara TH hari ini.

PETALING JAYA – Isu melibatkan penginapan, pengangkutan, makanan dan tandas masyair atau waktu kemuncak di Arafah, Muzdalifah dan Mina menjadi antara agenda utama penambahbaikan oleh Tabung Haji (TH), bagi musim haji akan datang.

Susulan itu, TH sentiasa mengadakan perbincangan bersama Syarikat Masyariq Holdings bagi memastikan keselesaan para jemaah haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, proses penambahbaikan terus menjadi agenda utama TH bagi memastikan keselesaan para jemaah haji pada musim akan datang.

“Perbincangan tu memang telah diadakan sejurus operasi haji yang lalu tamat. Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berada di Mekah dan Madinah meneruskan perbincangan tersebut malah ia diteruskan kini.

“Asasnya kita melihat apa saja kekurangan khususnya ketika di masyariq seperti Mina, Mudzalifah dan Arafah untuk kita tambah baik.

“Sekarang pun saya difahamkan Datuk Seri Syed Saleh kini berada di Kuala Lumpur dan insya-Allah akan adakan perbincangan dengan pihak Masyariq di sini.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan, kos operasi masyair di Arafah, Muzdalifah dan Mina kekal selama tiga tahun sehingga 2025 selepas TH memeterai perjanjian dengan Syarikat Masyariq Holdings bagi meringankan beban jemaah haji Malaysia.

Syed Saleh berkata, perjanjian itu ditandatangani pada tahun ini bagi mengawal kenaikan kos melibatkan pengangkutan, penginapan dan sajian makanan ketika kemuncak haji.

“Ia turut melibatkan keselesaan di khemah di Rafah dan Mina, kemudahan tandas, kualiti sajian makanan, kelancaran pergerakan bas, waktu melontar dan lain-lain perkhidmatan.

Dalam perkembangan lain katanya, TH telah pun mula membuat persiapan bagi musim haji tahun 2024, sejurus selepas semua urusan ibadah jemaah haji musim yang lalu selesai – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI