fbpx

Suami Noniswara, mentua MK meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suami pelakon Noniswara, Datuk Seri Dr. Sheikh Nordin Sheikh Ahmad dilaporkan meninggal dunia malam semalam.

Berita duka itu dikongsi Noniswara sendiri menerusi Instastorynya awal pagi tadi.

“Jenazah suami saya, Sheikh Nordin Sheikh Ahmad akan dimandi dan disembahyangkan di masjid Mustaqim, Ampang pukul 8.30 pagi.

“Jenazah akan dibawa ke kampung halaman arwah di Kuala Krau, Temerloh untuk dikebumikan,” tulisnya.

Noniswara, 54 mendirikan rumah tangga bersama arwah sejak tujuh tahun lalu.

Allahyarham juga merupakan bapa mertua kepada penyanyi rap, MK K Clique. MK turut berkongsi berita kematian arwah di Instagramnya semalam.

MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, berkahwin dengan Siti Hajaar Sheikh Nordin pada 16 Jun lalu.

Ketika hayatnya, Allahyarham dikenali sebagai individu yang mesra dan merendah diri selain gemar melakukan kerja kebajikan terutama membabitkan pengajian agama.

Sejak tahun lalu Syeikh Nordin menjadikan rumah agam miliknya di Kampung Batu Gading, Temerloh dinamakan Dato’ Syeikh Residences sebagai pusat tahfiz dan sekolah agama.

Kemudahan itu dibuka kepada penduduk kampung dan keluarga yang mahu anak-anak mereka mendalami ilmu agama.

Menariknya, seni bina kediaman tersebut mengambil inspirasi beberapa bangunan yang terdapat di Asia Barat, Turki, China dan Uzbekistan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI