fbpx

Selepas tandas sekolah, tandas rumah guru dan agensi kerajaan pula ditambah baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR bersalaman dengan orang ramai pada program Segalanya Felda di Dataran Niaga Felda Chemomoi hari ini.

BENTONG – Kerajaan akan menambah baik tandas di rumah-rumah guru dan agensi kerajaan lain selepas penambahbaikan tandas-tandas sekolah siap dilaksanakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penambahbaikan tandas berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat dan akan dimasukkan dalam Belanjawan negara.

“Sampai di sekolah saya tanya guru-guru tandas sekolah macam mana, semua tandas sekolah dibaiki dan paling akhir siap bulan depan.

“Ini Sekolah Kebangsaan, Sekolah Cina, Sekolah Tamil, Sekolah Arab, seluruh sekolah di Malaysia, pertama kali dalam sejarah anak-anak kita ada ruang untuk pergi ke tandas yang bersih.

“Saya tanya rumah guru tandas macam mana ini dia kata belum baiki, jadi tahun ini insya-Allah dimasuk bila belanjawan,” katanya ketika berucap pada program Segalanya Felda di Dataran Niaga Felda Chemomoi di sini hari ini.

Menurutnya, penambahbaikan tandas akan dilaksanakan secara berperingkat dari semasa ke semasa dan akan dibentangkan dalam Belanjawan Madani pada Oktober ini.

“Ada orang pembangkang datang, yang kamu dulu tiga tahun buat apa ,tandas pun tak repair jadi saya insya-Allah saya akan teruskan tandas sekolah, klinik desa, rumah polis, rumah tentera dan rumah guru ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI