fbpx

PM jemput pentadbir universiti bertemu ahli CPPFS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menghadiri pameran "Welcome to Postnormal Times" di ibu negara baru-baru ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput beberapa pentadbir universiti ke Kompleks Seri Perdana untuk bertemu ahli Pusat Kajian Masa Hadapan dan Polisi Pascanormal (CPPFS)

Anwar berkata, pertemuan itu bagi membincangkan kaedah untuk memanfaatkan kajian masa hadapan dan pasca normal dalam pendidikan menengah dan tinggi di Malaysia.

“Saya begitu kagum dengan pameran “Welcome to Postnormal Times” dan memutuskan untuk menjemput beberapa pentadbir tertinggi dari universiti di seluruh Malaysia ke Seri Perdana untuk bertemu ahli CPPPS.

“Saya mendapati ucapan Prof. Ziauddin Sardar, Prof. Maya Van Leemput dan Prof. Christopher Burr Jones sangat memberi inspirasi dan berharap para pemimpin universiti kita dapat mengambil serius amaran dan soalan dikemukakan oleh mereka yang berfikir tentang “postnormal times”,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Anwar berkata, Malaysia bukan sahaja mempunyai peluang membina masa depan yang lebih baik buat rakyat, tetapi mencipta model yang mungkin diikuti oleh seluruh dunia.

“Dalam cara kita mengharungi masa pascanormal, Malaysia boleh memimpin dunia dalam membina masa depan yang lebih cerah untuk semua,” katanya.

Pameran “Welcome to Postnormal Times” berlangsung di KL Jazz & Art Centre, Wisma YPR di Kuala Lumpur dari 29 September hingga 15 Oktober ini.

Pameran meneroka teori mengenai kehidupan manusia pasca normal itu merupakan kerjasama Institut Pemikiran Islam Antarabangsa, Asia Timur dan Asia Tenggara (IIIT) dan CPPFS. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI