fbpx

MotoGP: Martin susun rentak cabar kejuaraan dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTIN melengkapkan kemenangan ketiga berturut-turut selepas berjaya menguasai saingan di GP Jepun semalam. - AFP

TOKYO – Pelumba sensasi Pramac Racing, Jorge Martin mempamerkan aksi konsisten selepas muncul juara buat kali ketiga pada saingan MotoGP musim ini selepas mendominasi Grand Prix (GP) Jepun semalam.

Pada aksi di Litar Twin Ring Motegi itu, Martin yang memulakan saingan di petak hadapan mempamerkan tungangan bertenaga untuk mendominasi awal perlumbaan sehingga aksi terpaksa dihentikan ekoran hujan lebat selepas 12 pusingan.

Martin berjaya meraih tempat pertama disusuli juara bertahan dari pasukan Ducati, Francesco Bagnaia di kedudukan kedua dengan juara dunia enam kali, Marc Marquez yang mewakili Repsol Honda melengkapkan kedudukan podium.

Keputusan itu adalah kemenangan ketiga buat Martin selepas turut memenangi GP Jerman dan GP San Marino pada awal musim ini sekali gus terus mencabar kedudukan keseluruhan carta pelumba dunia musim ini.

Buat masa sekarang, Bagnaia masih mendahului carta dengan 319 mata dengan perbezaan tiga mata berbanding Martin yang mengutip 316 mata.

Menurut Martin, ini adalah perlumbaan sukar terutama cabaran yang diberikan oleh Bagnaia pada awal perlumbaan sehinggalah hujan turun dengan lebat.

“Saya akui strategi agak menjadi kerana saya ketinggalan pada awal saingan kerana mahu meneliti taktikal Bagnaia tetapi selepas hujan turun, segalanya menjadi mudah untuk saya mendapatkan ruang mendahului perlumbaan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI