fbpx

MOSTI salur dana RM33 juta laksana 13 projek penyelidikan vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menyalurkan dana berjumlah RM33 juta bagi pelaksanaan 13 projek penyelidikan vaksin sejak 2021 hingga September lalu.

MOSTI dalam kenyataan di sini berkata, projek penyelidikan vaksin yang telah mendapat pendanaan di bawah MOSTI merupakan sembilan projek di bawah Dana Penyelidikan Strategik, dua projek di bawah MOSTI Combating Covid-19 Fund (MCCOF).

“Turut menerima pendanaan itu melibatkan dua projek di bawah Dana Pembangunan dan Pengukuhan Penghasilan Vaksin Negara (DPVN),” kata kenyataan itu selepas Mesyuarat Fraterniti Vaksin yang dipengerusikan Menteri MOSTI, Chang Lih Kang, hari ini.

Mesyuarat ini diadakan secara berkala setiap enam bulan sekali telah dihadiri oleh pelbagai pemegang taruh yang terdiri daripada pakar-pakar penyelidik, pakar dalam kajian klinikal dan pra-klinikal dan pemain industri farmaseutikal yang terlibat di dalam ekosistem pembuatan, pembangunan dan penyelidikan.

Jelas MOSTI, sesi mesyuarat ini diadakan bertujuan berkongsi pandangan, komen serta cadangan khusus berkenaan pembangunan vaksin di Malaysia dalam meningkatkan keupayaan negara sebagai pengeluar vaksin manusia berdasar Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN).

“PPVN yang telah dilancarkan pada 1 November 2021 lalu untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar vaksin manusia dalam tempoh 10 tahun.

“MOSTI dan Kementerian Kesihatan telah diberi amanah untuk menerajui PPVN ini,” ujarnya.

Tambah MOSTI, satu pejabat khusus iaitu Pejabat Pengurusan Projek Pembangunan Vaksin Malaysia atau MVPO telah ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan strategi dan inisiatif di bawah pelan ini.

“Pelan ini turut menyokong Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN 2.0) di bawah Teras Penjagaan Kesihatan dan Kesejahteraan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI