fbpx

Mahkamah: Pengasuh didakwa abai anak asuhan sampai lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengabaikan anak asuhannya sehingga menyebabkan kanak-kanak perempuan itu lemas di sebuah rumah dua minggu lalu.

Tertuduh, Siti Aina Nurnisa Mohammad Sa’id, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di hadapan Hakim Hamidah Mohamed Deril.

Siti Aina didakwa dengan sengaja mengabaikan mangsa yang berusia tiga tahun sehingga menyebabkan kanak-kanak itu meninggal dunia akibat rendaman di sebuah pangsapuri di Wangsa Maju di sini pada pukul 11 hingga 11.20 pagi, 20 September lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Lim Chooi Yi menawarkan jaminan RM10,000 berserta syarat perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan.

Peguam Muhammad Irsyad Mohamad Hassan bagaimanapun memohon satu jumlah jaminan yang rendah kerana anak guamnya merupakan ibu tiga anak berusia setahun sehingga tujuh tahun.

“Anaknya yang berusia setahun masih menyusu badan. Tertuduh juga menyara ibu dan bapanya yang mana bapa tertuduh terlantar akibat kecederaan di kepala,” katanya.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Hakim Hamidah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 15 November ini untuk sebutan semula kes. Difahamkan ketika kejadian, mangsa lemas di dalam tab mandi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI