fbpx

Luahan Pembaca: Kereta macam ‘kancil’, remuk jika dilanggar treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMALANGAN melibatkan kenderaan berat perlu diberi perhatian serius kerana ia semakin menjadi-jadi. – GAMBAR HIASAN

Saudara Pengarang,

Saya ingin memberi pandangan tentang kemalangan lori atau treler yang meragut banyak nyawa sejak akhir-akhir ini.

Lori dianggap gajah dan kenderaan kecil dianggap kancil yang mana jika berlaku kemalangan melibatkan lori sudah tentu mengakibatkan kehilangan nyawa.

Sebagai pengguna jalan raya, kemalangan yang melibatkan lori perlu diberikan perhatian oleh pengusaha kenderaan berat itu dan pemandu selain penguatkuasaan yang kerap serta tegas terutama aspek muatan dan pemeriksaan brek.

Sebahagian lori yang membawa muatan berlebihan, malah tidak menutup muatan dengan kemas sehingga pasir, batu dan tanah bertaburan.

Sebahagian mereka juga mementingkan diri apabila berani memotong secara berbahaya. Lebih menakutkan apabila memandu sambil menggunakan telefon bimbit.

Pemandu lori dengan mudah mendakwa sistem brek mereka berbeza dengan kenderaan ringan, menyebabkan mereka tidak boleh membrek secara mengejut. Namun, bukankah sudut pandangan lori adalah luas dan boleh melihat jauh ke hadapan berbanding kereta.

Maka pemandu lori sepatutnya boleh mengagak jarak dan mengetahui situasi di hadapan dengan lebih awal.

Penulis memohon pihak berwajib agar memantau lebih kerap kenderaan berat agar pemandunya lebih berdisiplin.

Pemandu Kereta
Temerloh

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI