fbpx

Luahan Pembaca: Bila harga getah akan naik seperti beras import?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI penoreh kini mengeluh apabila harga getah masih berada pada tahap rendah. – GAMBAR HIASAN

Saudara Pengarang,

DI SINI saya ingin meluahkan keluh-kesah penduduk kampung terutamanya mereka yang bekerja sebagai penoreh getah.

Semakin hari mereka semakin tertekan apabila harga getah tidak menentu dan ada kalanya jatuh di bawah harga RM2.50 sekilogram.

Dengan harga itu apalah yang boleh dibeli sekarang, sekilo gula pun tidak lepas.

Itu belum cerita mereka yang menoreh getah orang lain, hasilnya terpaksa dibahagi dua
dengan pemilik kebun.

Begitu juga apabila tibanya musim monsun dan hujan lebat apabila ramai yang terpaksa ‘menganggur’ dan sekadar makan apa yang ada sahaja.

Kos sara hidup pula semakin meningkat. Beras import makin mahal, beras tempatan pula kekurangan bekalan.

Yang makan gaji mungkin mereka boleh sedikit selesa, tetapi bagi penoreh getah dan bekerja sendiri, kenaikan harga barang ini sangat membebankan.

Bukannya mereka mahu kemewahan, tetapi cukup untuk membeli keperluan asas dan menyara keluarga masing-masing.

Jadi, kerajaan perlu cari jalan supaya harga getah juga naik seiring dengan kos sara hidup ketika ini.

Luaskan lagi pasaran getah Malaysia, bukan hanya bergantung kepada industri sedia ada. Bak kata kawan saya, harga getah murah, tetapi tayar tetap mahal.

Penoreh Getah
Orang Kuala Krai

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI