fbpx

Warga emas 83 tahun dicekup sabung ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Markas sabung ayam di ladang kelapa sawit di Pakan diserbu polis, semalam.

SARIKEI – Seorang warga emas merupakan antara tujuh kaki sabung ayam yang ditangkap selepas markas mereka yang terletak di ladang kelapa sawit di Pakan diserbu polis.

Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superintendan Andam Sulin berkata, lelaki berusia 83 tahun itu dicekup selepas gagal melarikan diri ketika serbuan pada pukul 3 petang, semalam.

“Apabila pasukan polis sampai di lokasi tersebut, sekumpulan individu bertempiaran lari ke hutan berhampiran, namun tujuh daripada mereka yang berusia 29 hingga 83 tahun dapat ditangkap,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ayam mati yang dirampas dalam serbuan ke atas markas sabung ayam di ladang kelapa sawit di Pakan, semalam.

Pasukan serbuan merampas tiga ekor ayam, alat penimbang, papan tertulis jadual pertaruhan, taji dan wang RM114.

Kes disiasat mengikut Seksyen 73(1)(g) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

Andam menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit kegiatan sabung ayam terutama di Julau dan Pakan. Polis meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai kegiatan jenayah di kawasan masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI