fbpx

Kurang integriti punca anggota, pegawai polis larikan penganggur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allaudeen

KUALA LUMPUR – Kurangnya aspek integriti dalam diri lima anggota serta seorang pegawai polis disyaki motif melarikan seorang lelaki di sebuah kedai di Desa Petaling, baru baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya telah selesai menjalankan siasatan berkaitan kes itu.

“Memandangkan kes melibatkan anggota dan pegawai polis, kertas siasatan akan diserahkan kepada Bukit Aman, sebelum dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam minggu ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri program ‘Back to School’ di Victoria Institution, di sini, hari ini.

Allaudeen berkata, setakat ini, pihaknya belum menggantung tugas anggota polis itu.

“Kita akan menggantung tugas anggota polis itu, selepas dituduh di mahkamah,” katanya.

Jumaat lalu, media melaporkan enam lelaki termasuk lima anggota polis ditahan berhubung dakwaan melarikan seorang penganggur.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaludin dilaporkan berkata, polis menerima laporan daripada mangsa berusia 26 tahun pada pukul 5.48 petang pada hari kejadian.

“Suspek yang ditahan berusia antara 27 hingga 42 tahun ditahan dengan lima daripadanya adalah anggota dan pegawai di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 365/ 342/ 323 Kanun Keseksaan,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI