fbpx

Hujan lebat, ribut petir di lima negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri, malam ini.

Menurut laporan MetMalaysia di laman Facebook, cuaca buruk tersebut bakal berlarutan sehingga pukul 7 malam, hari ini.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang, Perak.

“Sementara itu, cuaca sama dijangka berlaku di Jeli dan Gua Musang, Kelantan serta Hulu Terengganu, Marang dan Dungun, Terengganu,” katanya dalam hantaran sama.

Dalam pada itu, hujan lebat juga diramal di Tanah Tinggi Cameron, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, Pahang dan Jelebu dan Jempol, Negeri Sembilan.

Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimiter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI