fbpx

Dua remaja 17 tahun dituduh edar 19 kg dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA tertuduh yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas tiga pertuduhan mengedar dadah, bulan lalu.- RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Dua remaja lelaki antara 11 individu yang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan mengedar dadah, bulan lalu.

Kesemua mereka mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan bagi ketiga-tiga pertuduhan yang dihadapi di hadapan Majistret A. Shaarmini.

Dua yang dituduh adalah remaja berusia 17 tahun bersama rakan mereka , Yek Zhu Jie, 19, How Jie Lerk, 23, Eva Chua Min, 19, dan Loo Yee Han, 24.

Turut dituduh Tan Chee Song, 21, Chong Chew Nam, 32, Oii Zhi Wei, 27, Goh Yoong Cheng, 30, dan Phang Jing Yi, 22.

Mereka didakwa secara bersama mengedar methyleneddioxymethamphetamine seberat 18.88 kilogram (kg), 558 gram (g) ketamin dan 52g nimetazepam.

Kesalahan dilakukan di sebuah rumah di Taman Bukit Skudai di sini pada pukul 2 pagi, 23 September lalu. Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta 15 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shamira Mohd Luthfi Ismail manakala tiga tertuduh diwakili peguam. Majistret menetapkan 2 November ini untuk sebutan semula kes.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI