fbpx

Bunuh, ikat tiga mayat: Kematian suspek dalam tahanan tidak jejas siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allaudeen (tengah) menunjukkan piala yang selesai digilap ketika menghadiri program 'Back to School' di Victoria Institution, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR -Polis menegaskan kematian seorang suspek dalam tahanan tidak menjejaskan siasatan kes pembunuhan kejam tiga warga Sri Lanka, di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, Sentul di sini minggu lalu.

Malah, kertas siasatan kes itu dijangka siap minggu ini sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, siasatan membabitkan suspek berusia 43 tahun sudah berada di peringkat akhir.

“Berhubung kematian suspek kelmarin, siasatan ke atasnya hampir selesai dan tidak menjejaskan siasatan. Kita jangka akan selesai dalam minggu ini.

“Siasatan penuh berhubung kematian suspek juga sudah diserahkan kepada Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman,” katanya pada program ‘Back to School’ di sini, hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan JIPS Bukit Aman mengesahkan seorang lelaki Sri Lanka meninggal dunia ketika berada dalam tahanan di Lokap Berpusat di Jinjang, Sentul kelmarin.

Lelaki berusia 43 tahun ditahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Berhubung siasatan terkini, Allaudeen memaklumkan pihaknya menahan empat lagi individu selain dua suspek utama.

Penahanan ke atas empat individu itu dibuat selepas pihak berkuasa mendapati mereka memberi perlindungan terhadap dua suspek utama sebelum ditahan di Hulu Selangor, Isnin lalu.

“Susulan soal siasat kita menahan empat lagi suspek berusia 20 hingga 40 tahun di sebuah rumah teres di Petaling Jaya. Jumlah tangkapan setakat ini adalah seramai lapan orang.

“Motif kejadian masih dalam siasatan. Dua tangkapan awal telah disambung reman sehingga Khamis ini,” katanya.

Isnin lalu, Kosmo! melaporkn dua suspek utama yang terlibat dalam kes pembunuhan kejam tiga warga Sri Lanka, di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, Sentul dekat sini, sudah ditahan pihak polis.

Kedua-dua suspek disyaki membunuh tiga mayat yang dalam keadaan mengaibkan selepas polis menerima panggilan berhubung pergaduhan di sebuah rumah kedai berkenaan.

Lebih memilukan, ketiga-tiga mayat itu diletakkan dalam keadaan bertindan, diikat kaki dan tangan, manakala kepala mereka ditutup dengan plastik.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI