fbpx

Warga emas dirompak lelaki pura-pura hantar barang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA SAMARAHAN – Berpura-pura menghantar barang, itu taktik seorang lelaki sebelum merompak warga emas di rumahnya di Kampung Sindang Baru, Jalan Datuk Mohammad Musa, di sini semalam.

Kejadian berlaku ketika mangsa lelaki berusia 67 tahun itu yang tinggal bersama-sama anak perempuan dan dua orang cucu, sedang berada di rumah seorang diri.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Brodie Brangka berkata pada awalnya, mangsa didatangi suspek yang memberitahu hendak menghantar minyak wangi, namun mangsa menolaknya kerana tidak ada membeli apa-apa barang.

Namun selepas itu, katanya suspek kemudian meminta meminjam tandas dan mangsa pun membenarkannya masuk ke dalam rumah.

“Selepas masuk ke dalam rumah, suspek terus mengeluarkan sebilah pisau dan meragut rantai lehernya sambil berlaku pergelutan antara mereka.

“Suspek juga hendak mengambil gelang miliknya tetapi tidak sempat dan terus melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta bersama rakan sejenayahnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Brodie berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku di ruang dapur berhampiran tandas rumah mangsa.

Justeru, beliau berkata siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Brodie turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan modus operandi penjenayah seperti itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI