fbpx

Status OKU tak halang semangat sambung belajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARISHA MAISARA membetulkan alat bantuan sokongan kaki yang mengalami masalah saraf di bilik asramanya selepas mendaftar masuk sebagai pelajar baharu bagi sesi akademik 2023/2024 UTM Skudai, Johor Bahru hari ini. -Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Penyakit genetik dialami Arisha Maisara Nasrudden, 20, yang menyebabkan pergelangan kedua-dua kakinya lemah tidak melunturkan semangatnya untuk menyambung pengajian ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini.

Arisha Maisara yang bergantung kepada alat sokongan untuk berdiri memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang Sains Kimia.

Pelajar dari Batu Gajah, Perak itu yang mengalami masalah saraf sejak berusia enam tahun merasa cukup teruja dapat meneruskan pengajian bagi mengejar impian menjadi seorang penyelidik.

“Masalah saraf kaki yang dialami menyebabkan pergerakan saya terbatas dan tidak mampu berdiri lama, jika berdiri selama lima minit pun saya rasa terhuyung hayang macam nak jatuh.

“Penyakit ini dikesan ketika masih kecil setelah saya kerap terjatuh ketika berjalan. Doktor mengesahkan saya mempunyai masalah saraf dan perlu bergantung dengan alat sokongan untuk berdiri malah adik saya turut menghidapi penyakit yang sama.” katanya kepada pemberita hari ini.

Motivasi sama turut dikongsikan oleh mahasiswa OKU buta sebelah mata, Fatimahtul Nur Amierra Amir Hassan,19, yang berasal dari Kota Belud, Sabah.

Menurutnya, kehilangan penglihatan mata kanan seusia lima bulan, membataskan jarak penglihatannya.

“Saya mula pakai mata palsu semasa berusia 14 tahun, sejujurnya rasa takut dan bimbang sebab berjauhan dari keluarga.

“Tetapi saya yakin, ramai yang membantu. Semasa dikelas saya akan memilih untuk duduk dibahagian hadapan supaya agar dapat melihat lebih jelas,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI