fbpx

RM1.9 juta baiki struktur SK Permatang To’ Kandu musnah kebakaran – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) ketika mendengar taklimat mengenai penilaian kebakaran di SK Permatang To' Kandu, Bukit Mertajam, petang tadi. -Foto NOOR HASLIZA NUSI/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Kerajaan Pusat memperuntukkan kira-kira RM1.9 juta bagi pembinaan semula struktur bangunan di Sekolah Kebangsaan Permatang To’ Kandu, Permatang Pauh di sini yang musnah dalam kebakaran, 22 September lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) telahpun menyiapkan laporan awal struktur terjejas bagi menyegerakan kelulusan dana kecil untuk kerja-kerja kebersihan di lokasi terjejas.

Menurutnya, ini termasuklah pemasangan penghadang atau tembok untuk keselamatan murid-murid sekolah berkenaan.

“Sebaik ini dilakukan dalam tempoh seminggu atau dua minggu, kita akan arahkan supaya ia disegerakan mengikut proses tender terhad.

“Jumlah awal dana belum dihitungkan tetapi sekitar RM1.9 juta. Saya kalau boleh, jika laporan siap minggu depan, kita akan terus buat dan boleh beroperasi semula secepat mungkin,” katanya kepada pemberita ketika lawatan di SK Permatang To’ Kandu, Bukit Mertajam, petang tadi.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memerlukan tempoh dua minggu untuk menilai kerosakan akibat kebakaran membabitkan lima kelas di sekolah berkenaan.

Dalam kejadian kebakaran kira-kira pukul 6.02 petang itu, tiga daripada lima buah kelas yang terletak di tingkat tiga sekolah tersebut musnah 100 peratus sementara dua lagi kelas musnah hampir 40 peratus.- KOSMO! ONLINEA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI