fbpx

‘Lumpur paras betis, nak cuci air pula tiada’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang mangsa banjir hanya mampu membuang lumpur yang memasuki kediaman mereka akibat banjir menggunakan baldi di Kampung Iboi semalam.

BALING – Mangsa banjir di Kampung Iboi di sini, tertekan apabila kediaman mereka yang dipenuhi lumpur tidak dapat dicuci disebabkan bekalan air yang terputus sejak Rabu lalu.

Bekalan air itu terputus di­sebabkan kawasan tersebut dilanda banjir dan banjir kilat dalam masa selang beberapa hari.

Mariam Abdul Isa, 71, berkata, sejak Rabu lalu, rumahnya masih dipenuhi lumpur dan tidak dapat dicuci sepenuhnya berikutan ketiadaan bekalan air.

“Sudah tiga hari kami berkampung di pusat pemindahan sementara (PPS) ini, hanya balik ke rumah untuk melihat kea­daan rumah sahaja tetapi hendak mencucinya tidak boleh lagi sebab tiada air.

“Lumpur pula hampir separas betis, nak cuci rumah rumah perlu air yang banyak. Kami hanya mampu keluarkan barang rosak sahaja,” katanya ketika ditemui di PPS Sekolah Kebangsaan Iboi di sini semalam.

Sejak Selasa lalu beberapa PPS telah dibuka di beberapa daerah di Kedah akibat kejadian banjir. Kawasan yang paling teruk terjejas adalah di Baling dengan le­bih 1,000 mangsa.
Banjir di Kampung Iboi pula berlaku dua kali dalam masa selang beberapa hari.

Bagi Che Mah Wahab, 75, pula, dia juga tidak mampu mencuci rumah yang dipenuhi lumpur itu jika tiada air paip.

“Semua barang penuh lumpur banjir, hendak angkut air dari sungai sudah tidak mampu, ha­nya harapkan anak cucu yang balik ke rumah untuk mencucinya, itu pun mereka terpaksa guna paip air untuk sedut air sungai untuk cuci rumah,” jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Bekalan Air Masyarakat Kariah Iboi, Malik Arshad berkata, banjir lumpur yang berlaku telah menyebabkan lebih 1,000 penduduk yang bergantung bekalan air masyarakat yang digunakan sejak kira-kira 40 tahun lalu, terganggu.

“Amat sedih lagi apabila lebih kurang 300 mangsa yang terjejas banjir lumpur, tidak dapat bersihkan rumah selepas tiga hari banjir. Banyak paip yang rosak dan pecah akibat arus deras menyebabkan bekalan air terputus hampir di kesemua rumah penduduk,” kata Malik.

Jelasnya, hendak bersihkan rumah berselut tebal itu juga perlukan jet air.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI