SEREMBAN – Pasukan Perak FC berjaya mengutip tiga mata ketika menentang Negeri Sembilan FC (NSFC), malam ini.
Perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi itu berakhir dengan keputusan 1-0.
Separuh masa pertama dengan tambahan masa dua minit tamat tanpa sebarang jaringan.
Perak FC berjaya menghasilkan gol tunggal perlawanan itu yang dijaringkan penyerangnya, Luka Milunovic pada minit ke-50.
Seramai 1,133 penonton hadir menyaksikan perlawanan itu.
Separuh masa kedua tamat selepas tambahan masa empat minit. – KOSMO! ONLINE