fbpx

Lelaki maut jatuh dari tingkat 13 hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba menurunkan mayat lelaki yang terjatuh dari tingkat 13 sebuah bangunan hotel di Ipoh, Perak hari ini.-Foto JBPM

IPOH – Seorang lelaki ditemukan mati akibat kecederaan parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 13 bangunan sebuah hotel di sini hari ini.

Mangsa berusia 40 tahun itu dipercayai terjatuh dari tingkat 13 ke tingkat enam bangunan hotel berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 9.29 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh diatur gerak ke lokasi kejadian bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Operasi menurunkan mangsa telah dilakukan dan lelaki itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI