fbpx

Kelantan catat 100 kes kanser payudara setiap tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shaharum (dua dari kanan) ketika melawat kaunter kesihatan sempena Karnival Kesejahteraan Payudara Peringkat Negeri Kelantan di Kompleks Apam Putra, Pasir Mas hari ini. -Foto ROHANA ISMAIL

PASIR MAS – Sebanyak 100 kes kanser payudara melibatkan wanita dan lelaki dikesan berlaku di Kelantan hampir setiap tahun.

Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin berkata, data tersebut diperoleh menerusi Breast Cancer Awareness and Research Unit (BestaRi) USM dengan 50 peratus daripada kes tersebut dikesan sudah berada pada tahap tiga dan empat.

Menurutnya, daripada 100 kes pesakit kanser payudara di Kelantan, satu daripadanya merupakan orang lelaki.

“Apabila pesakit sudah didiagnos tahap tiga atau empat kanser payudara, sel kanser telah merebak keluar dari bahagian tersebut sama ada ke kelenjar limfa atau ke organ lain.

“Kanser payudara tidak mengenali usia apabila ia boleh berlaku kepada wanita yang berusia 50 tahun ke bawah. Kes melibatkan pesakit yang berada di bawah usia itu juga meningkat sejak akhir-akhir ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada Karnival Kesejahteraan Payudara Peringkat Negeri Kelantan di Kompleks Apam Putra di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah dan Pakar Perunding Patologi USM, Profesor Madya Dr. Wan Faizah Wan Abdul Rahman.

Mengulas lanjut, Shaharum memberitahu, erdapat lapan pesakit kanser payudara lelaki dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

Menurutnya, BestaRi USM mengalu-alukan golongan lelaki tampil untuk membuat pemeriksaan kerana prosedur mammogram juga boleh dilakukan terhadap lelaki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI