fbpx

Jangan biar jemputan tunggu kehadiran PM terlalu lama – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tiga dari kiri) menyampaikan Bantuan Peserta eKasih ketika Majlis Ramah Mesra Madani Di Dewan Cancelor Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

SERI ISKANDAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan jabatan kerajaan supaya susunan jadual program yang dihadirnya, tidak menyebabkan tetamu jemputan atau orang ramai terpaksa menunggu kehadirannya terlalu lama.

Katanya, penetapan masa sehingga 15 minit lebih sesuai untuk menjemput tetamu sebagai persediaan menantikan kehadiran beliau.

“Saya tengok dalam jadual, ketibaan Perdana Menteri pukul 1 tengah hari. Ketibaan jemputan pukul 12. Mengapa awal sangat? Satu jam (tempoh) buat apa.

“Jadi saya minta semua jabatan kerajaan, kalau urusan program ini tukarlah sedikit. Kalau ketibaan Perdana Menteri pukul 1 tengah hari, ketibaan jemputan 12.40 tengah hari pun boleh.

“Ini jadikan arahan. 10 minit hingga 15 minit untuk mengatur tidak mengapa tetapi tidak perlu tetamu diminta hadir begitu lama kerana membazir waktu dan mengurangkan produktiviti,” katanya semasa menghadiri Majlis Ramah Mesra Madani Bersama Perdana Menteri di Universiti Teknologi Petronas, Tronoh di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar menghadiri program berlainan di Meru, Ipoh sehingga tengah hari sebelum ke program di UTP yang dihadiri hampir 1,000 orang terutama penuntut universiti berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI