fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 4 negeri hingga malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia memaklumkan, negeri terlibat ialah Perak (Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim) serta Terengganu (Dungun dan Kemaman).

“Seterusnya Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Kuantan) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” menurut hantaran Facebook MetMalaysia, hari ini.

Dalam pada itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI