fbpx

EPL: Man. United dan Man. City tewas, Arsenal kembali unggul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain Arsenal meraikan jaringan gol yang dilakukan Kai Havertz sebentar tadi. Foto ihsan aplikasi X

LONDON – Dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dan Manchester City mengalami kekalahan mengejut pada saingan malam ini.

United yang dikendalikan oleh Erik Ten Hag tewas kepada Crystal Palace hasil jaringan tunggal yang dilakukan oleh Joachim Andersen pada minit ke-25.

Skuad The Red Devils berusaha untuk bangkit mencari gol penyamaan tetapi kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus merekodkan kekalahan ke-4 pada saingan musim ini.

 

Joachim Andersen telah menjaringkan gol kemenangan buat Crystal Palace di Stadium Old Trafford sebentar tadi.

Sementara itu, City selaku pendahulu EPL tewas buat kali pertama kepada Wolverhampton dengan keputusan 1-2 di Stadium Molineux.

City meraih gol tunggal hasil jaringan Julian Alvarez manakala tuan rumah mendapatkan jaringan menerusi gol sendiri pertahanan City, Ruben Dias dan penyerang Korea Selatan, Hwang Hee-chan.

Pasukan Arsenal pula kembali berada di landasan kemenangan selepas mudah menewaskan Bournemouth 4-0 di tempat lawan.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu mendapatkan gol menerusi jaringan Bukayo Saka, Martin Odegaard pada babak pertama sebelum Kai Havertz dan Ben White menambah jaringan sebelum wisel penamat ditiupkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI