PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan cuaca baik serta tiada hujan dilaporkan hampir keseluruhan negeri-negeri Semenanjung pada pagi ini.
MetMalaysia memaklumkan, hujan dilaporkan di Semenanjung hanya di kawasan iaitu Kemaman, Terengganu dan Kuantan, Pahang pada pagi ini.
“Selain itu, hujan di Selat Melaka pula dijangka memasuki pesisir Perak dan Selangor tidak lama lagi, namun keadaan dijangka beransur reda dalam tempoh satu hingga dua jam,” katanya menerusi video di laman YouTube hari ini.
Bagi Sabah dan Sarawak pula, hujan dan ribut petir dilaporkan di persisiran Pantai Barat dan Pedalaman selain di Wilayah Persekutuan Labuan.
Katanya, hujan dan ribut petir turut dilaporkan di bahagian Miri serta tengah negeri Sarawak yang dijangka mampu berterusan sehingga lewat pagi ini. – KOSMO! ONLINE