fbpx

Bungkus mayat bini dengan selimut tebal lepas bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan polis menjalankan siasatan di lokasi pembunuhan seorang wanita di Jalan Padang Nyu, Arau semalam. - IZLIZAN OTHMAN

ARAU – Seorang pesara tentera bertindak di luar kawalan apabila sanggup menikam isterinya hanya kerana mengesyaki wanita itu telah berlaku curang dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu di sini semalam.

Tidak hanya menikam mangsa, suspek yang berusia 38 tahun itu turut menutup mayat isterinya dengan selimut tebal di dalam bilik tidur utama sebelum dia keluar menghantar dua anaknya ke rumah pengasuh.

Difahamkan, kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu berlaku selepas pasangan suami isteri tersebut bertengkar ketika mangsa yang bekerja sebagai jururawat ingin keluar bekerja.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, pergaduhan di ruang tamu rumah itu dipercayai berpunca daripada sikap cemburu si suami yang mengesyaki isterinya telah berlaku curang.

“Polis mengesyaki pergaduhan itu berlaku sewaktu mangsa yang berusia 31 tahun ingin keluar bekerja.

“Semasa pergaduhan, suspek yang merupakan pesara tentera telah bertindak menikam mang­sa menggunakan sebilah pisau di bahagian dada sebelah kiri,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian di sini semalam.

Kenderaan polis keluar dari lokasi kejadian kes pembunuhan seorang suami ke atas isterinya di Jalan Padang Nyu, Arau semalam.

Mengulas lanjut, Ahmad Mohsin berkata, selepas menikam mangsa, suspek turut bertindak memindahkan isterinya yang tidak sedarkan diri itu ke dalam bilik tidur utama rumah ber­kenaan.

Katanya, suspek juga telah menghantar dua anak mereka yang masing-masing berusia lapan dan 10 tahun ke rumah pengasuh.

“Selepas itu, suspek telah menyerah diri di pondok pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis sekitar pukul 10 pagi hari yang sama,” katanya.

Susulan penahanan lelaki itu, polis kemudian melakukan siasatan ke atas rumah berkenaan dan menemui mangsa yang ditutup dengan selimut tebal di dalam bilik tidur utama.

“Siasatan lanjut turut menemui satu kesan tikaman pada bahagian dada kiri mangsa sedalam kira-kira dua sentimeter,” kata­nya.

Ahmad Mohsin berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dekat sini bagi tujuan bedah siasat.

Katanya, suspek berkenaan yang positif dadah telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Ke­seksaan.

“Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat esok (hari ini) di Kompleks Mahkamah Kangar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI