fbpx

Britney spears ‘menggila’ lagi, menari pegang pisau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI Britney Spears menari sambil memegang pisau mengundang kerisauan peminat sehingga ada yang membuat laporan polis.

LOS ANGELES – Gara-gara menari sambil memegang pisau, bintang pop terkenal Britney Spears mencetuskan kebimbangan peminatnya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, penyanyi berusia 42 tahun itu dilihat berpakaian seksi menari dengan menggunakan dua bilah pisau.

Tindakan ‘gila’ pelantun lagu Toxic itu sekali gus memancing perhatian peminatnya yang risau dengan tahap kesihatan  mentalnya.

“Adakah dia waras? Keadaannya begitu membimbangkan,” ujar seorang pengguna Instagram.

Lebih buruk apabila ada pengguna media sosial bertindak melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa sehingga anggota polis dilihat datang ke kediaman penyanyi tersebut.

Spears dalam maklum balasnya terhadap video itu meminta orang ramai agar tidak membuat laporan polis dengan menjelaskan perkara sebenar.

Katanya, alatan berkenaan bukan pisau sebenar dan tarian itu sekadar meniru aksi penyanyi Shakira menerusi salah satu persembahannya sebelum ini.

“Saya tahu saya telah membuat ramai bimbang tapi itu pisau palsu yang saya sewa daripada sebuah kedai di Los Angeles.

“Ini bukan pisau sebenar, tiada siapa perlu risau atau hubungi polis. Saya cuba meniru gerakan penyanyi kegemaran saya iaitu Shakira,” jelasnya.

Penyanyi itu didakwa berada dalam keadaan tertekan apabila perkahwinannya dengan bekas suami, Sam Asghari berakhir dengan perceraian pada awal September lalu selepas lima tahun bercinta.

Sebelum ini Spears pernah mendirikan rumah tangga dengan rakannya, Jason Alexander di Las Vegas pada 2004, namun perkahwinan tersebut kemudiannya dibatalkan.

Pada tahun sama, Spears berkahwin buat kali kedua dengan penari, Kavin Federline.

Menerusi perkahwinan tersebut Spears dikurniakan dua anak lelaki, bagaimanapun mereka bercerai pada 2007. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI