PETALING JAYA -Seramai lapan penumpang berdepan detik cemas selepas bas dinaiki mereka terbakar di Jalan Tandang, di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran sebuah bas itu pada pukul 11.17 pagi.
Katanya, seramai empat anggota keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Penchala bergegas ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.
“Setibanya di lokasi kejadian, kami mendapati sebuah bas terbakar hampir 90 peratus.
“Sebelum kejadian, salah seorang daripada lapan penumpang itu melihat api di dalam bas yang sedang bergerak.
“Sejurus itu, pemandu bas bertindak memberhentikan kenderaan dan kesemua mereka berjaya keluar dengan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE.