fbpx

600 pakar geriatrik diperlukan setiap tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin yang berkenan berangkat hadir pada program tersebut di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, hari ini. Foto MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

SHAH ALAM – Negara memerlukan seramai 600 pakar geriatrik atau pegawai perubatan kesihatan setiap tahun dalam menyelia penyakit yang dihadapi warga emas.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, kementeriannya ketika ini hanya mempunyai 34 pakar dalam bidang tersebut di seluruh negara.

Katanya, berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada tahun 2018 mendapati sebanyak 50 peratus daripada keseluruhan warga emas di negara ini menghidap hipertensi (tekanan darah tinggi) dan hiperlipidemia (kandungan tinggi kolestrol dalam badan).

“Selain itu, sebanyak 28 peratus pula menghidap penyakit kencing manis. Justeru, kami amat mengalu-alukan mereka yang belajar dalam bidang perubatan untuk menyambung pengajian dalam bidang geriatrik.

“Kami berhasrat untuk menambah lebih ramai pakar geriatrik dalam tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya ketika selepas Sambutan Hari Warga Emas Sedunia peringkat Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, di sini hari ini.

Terdahulu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan program tersebut yang turut dihadiri Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI