fbpx

Tukar acara baju merdeka tu cikgu!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BEBERAPA minggu lalu pelbagai posting dibuat ibu bapa yang memaparkan usaha mereka berhempas-pulas menyediakan pakaian anak-anak untuk pertandingan sempena Hari Kemerdekaan di sekolah.

Ada ibu bapa siap menempah jurumekap bagi menatarias anak masing-masing dengan tema kemerdekaan siap bendera Malaysia di pipi.

Pakaian merdeka pula ada yang ditempah di butik dan ada juga yang disewa sehingga mencecah RM200.

Memang bersemangat kebanyakan ibu bapa bagi memastikan anak-anak mereka terlibat dalam pertandingan tahunan yang dianjurkan sekolah-sekolah di seluruh negara.

Dalam keadaan dunia semua perkara boleh tular dan dunia penuh dengan kecaman netizen, pertandingan itu perlu difikirkan semula sama ada ia masih relevan atau tidak.

Baru-baru ini, ketika kita masih dalam Bulan Kemerdekaan, ada seorang bapa meluahkan rasa kecewa apabila anaknya ‘dimalukan’ oleh seorang guru yang menanggalkan solekan anaknya di hadapan murid-murid lain.

Bapa berkenaan terkilan apabila anaknya yang bersemangat mengenakan baju tema merdeka sejak awal pagi dimalukan sedemikian tanpa diberitahu tidak boleh bersolek untuk pertandingan itu.

Kecoh satu Malaya isu berkenaan apabila ramai yang mengecam cikgu berkenaan sehingga berakhir dengan maaf-bermaafan antara mereka, tutup kes.

Sungguhpun begitu, isu itu telah menyebabkan sekolah dan cikgu berkenaan terjejas. Rasa macam tidak seronok pula apabila acara suka-suka bertukar menjadi kecaman.

Selain itu, ada lagi sambutan Hari Merdeka yang tidak menyeronokkan apabila ada ibu bapa yang tidak berpuas hati apabila anak mereka tidak menang dalam pertandingan.

Mereka mempertikaikan pakaian anak orang lain yang memenangi pertandingan itu.

Begitulah dalam zaman ‘serba TikTok’ dan hanya di hujung jari. Acara yang sepatunya menjadi seronok untuk anak-anak bertukar menjadi tidak seronok apabila ada campur tangan ibu bapa.

Ada cikgu yang meluahkan perasaan itu di media sosial dan penulis bersetuju seratus peratus dan tulisan tersebut bahawa tidak perlu lagi dibuat acara pertandingan baju merdeka kerana akhirnya akan bertukar menjadi kecaman.

Betul tu cikgu, harapan kebanyakan ibu bapa agar tahun depan diadakan pertandingan kemerdekaan yang tidak melibatkan ibu bapa seperti melukis dan hias kelas.

Jika ada pertandingan yang melibatkan ibu bapa akhirnya anak orang yang biasa-biasa ini (tidak berduit) walaupun ada usaha lebih tidak akan mendapat tempat.

Anak orang berada yang mampu menempah jurumekap dan tempah baju di butik itu akan menang setiap tahun dari darjah satu sampai darjah 6.

Ibu bapa pun, janganlah melebih-lebih ‘melabur’ begitu untuk kemenangan anak-anak mereka, kasihan yang tidak mampu, hanya melihat saja tiap tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI